Minggu, Juni 12

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Images From Google

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu senantiasa membaca Bismillah setiap kali hendak memulai sesuatu pekerjaan senantiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. setiap-setiap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan diam-diam suaminya itu mengambil duit tersebut dan membuang tas duit ke dalam belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku uang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan tas duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulai sesuatu pekerjaan.

0 komentar:

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

Mohon gunakan kata-kata yang sopan dalam memberikan komentar.
(Bebas Berbicara Asal SOPAN).

 
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net
Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Google bot last visit powered by Bots Visit
Computers Blogs
Computers Top Computers blogs
Technology Blogs - Blog Rankings Free Automatic Backlink Free Auto Backlinks
TopBlogIndonesia.com blog-indonesia.com
http://Link-exchange.comxa.com Internet
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
PageRank
Free counters!

winpalace | visitor counter | Casino la vida no deposit code | CLUB WORLD CASINO | metatrader
web stats